Tuesday 18 September 2012

NAK KULIT PUTIH!!!!!!

Menjadi manusia yang sangat tak perfect ni memang susah. Kdg2 terfikir, kan bagus kalau ada badan macam Jennifer Lopez.. Kulit macam Angelina Jolie. Rambut Mariah Carey.. Tapi nak buat macamana kan.. saya lahir sebagai anak Jawa. Bukan Melayu biasa2 tau. Tapi JAWA. Dlm bahasa Inggeris sedap sikit la. Javanese. Hahaha.. so sebagai Javanese nih, tau la kulit macamana kan. Struktur muka pun muka paten2 Jawa.
Lalu disebabkan angan2 utk memiliki kecantikan seperti artis2 di atas tu, terbitlah imaginasi saya untuk menghasilkan blog ni, khusus untuk berkongsi kisah hidup saya yang beriya-iya feeling to be better than yesterday. Termasuklah feeling nak jadi cantik. Cantik ke sekarang ni???? jangan harap la.. tapi at least tak lah sekusam dulu.. Dulu gemuk, hitam karat, jerawat, jeragat, dan semua lah masalah yang pernah ditanya dlm ruangan masalah gadis remaja tu, ada kat saya. (gadis ke? hahah)
Dan satu lagi, bak kata ustaz ustazah celebriti facebook tu, "kecantikan bukan hanya dari luaran, tapi dari segi dalaman."
So, bukan saja tentang sikap, malah saya juga akan berkongsi tentang hati, perasaan dan cinta.. haaaa.. feeling ke tidak?
Untuk entry pertama ni sy nk citer pasal kulit. Warna kulit saya bahasa lembutnya tanned. Tapi orang Melayu cakap hitam. That's it. HITAM. Hitam manis?? Wujud ke kaler hitam manis kat manusia.. I don't think so. Bg sy, perkataan tu direka supaya menyedapkan hati pemilik kulit gelap mcm sy. *thanx jugakla pd yg cipta perkataan tuu..
Rata2 org Melayu semua nak jadi putih. Mcm tu jugaklah sy.. beraaaaangan nak kulit putih. lagi laa semenjak dua menjak ni, macam2 benda la sy ambik konon nak jadi putih. Mari saya ceritakan sejarah saya cuba menjadi putih mengikut peringkat umur dan laluan timeline hidup :D.

1. Dari zaman sekolah menengah dulu, otak saya mula diterapkan bahawa kulit kita boleh berubah jadi putih disebabkan iklan Fair & Lovely dulu2 kala.. masa tu semua org nk kan kulit mcm pompuan dlm iklan yg jaga kaunter tiket LRT sampai jantan hensem tu tinggalkn phone untuk dia.. haaaa aderr?



Haaa beza kan? Masa tu berebut-rebut laa semua masyarakat beli produk ni.. Nak jadi putih katanyerr.. tapi waktu tu sy masih ingat lagi, masa kawan-kawan kelas saya pakai memang menjadi lah. Nampak beza.Saya pun beriya laa beli jugak. Tapi dah beberapa bulan pakai, terus macam tak menjadi. Agaknya dah ramai org beli, kandungan tu pun ditukar sbb nak untung lebih (tu mengikut kata cikgu2 la masa tu).. bila dah macam tak menjadi lagi, malas la pakai lagi...

2. Masuk zaman tamat SPM, sy xmo sambung belajar dah. Seronok keje dgn kwn2. gi sana gi sini melilau tak tentu hala, dpt gaji x seberapa, ke hulu ke hilir. mcm2 keje buat masa tu. Keje jaga kasut la, jaga baju la, jual doner kebab la, keje cashier kedai game la, semua paten2 keje dua tiga bulan. sampai la saya sibuk ikut kawan saya gi keje kilang LIKOM kat Melaka. masa tu keje buat casing PC komputer uols. haderr?? haa.. gigih tau dulu. sbb seronok kje dgn kwn2. meriah sgt masa tu dok kat Banda Hilir. haaaa masa keje LIKOM ni laa nak citer sangkut paut mahu menjadi putih ni... kalau nak tau, setiap kali nak pegi keje, kami tunggu bas kilang kat satu warung kakak jual nasi lemak ni.. pastu kakak ni dah hari2 tgk muka kami, dia pun tetiba mengusulkan satu produk sabun kecantikan yg dia baru jual. Sabun Susu Kambing. Untuk jadi PUTIH kata dia. Bila dengar jadi putih, mencanak laaaa keinginan saya nak beli dan pakai beriya2, kannnn...

Untuk makluman, saya letak pic ni berdasarkan pengalaman saya, bukan bertujuan untuk menjatuhkan nama produk. kesan produk mungkin berbeza pada setiap pemakai. so jangan nak feeling2 saman i ok.
ini lah rupa bentuk sabun susu kambing yg dia jual tu. surf dlm internet ada rupanya. walaupun sabun ni saya pakai lebih 10 tahun yg lalu, sy masih ingat ok.. tau kenapa? sebab sabun ni lah punca segala masalah kat muka sy mula menjadi teruk. aiyoooo ingat lagi tau.. masa jerawat mula naik, kakak penjual sabun tu kata "takpe, takpe.. mula2 memang mcm tu. sbb dia dlm proses pembersihan"..
saya pun ikutlah pakai dan terus pakai dan terus pakai sampai jerawat sy betul-betul beriya menjadi-jadi. saya pun tunjuklah muka saya yang makin sedih tu kat kakak tu. kakak tu tgk muka saya pastu dia cakap.. "eh eh.. makin teruk lah ye? kalau macam ni jangan pakai lagi lah dik"..............................
............................
.................
oh. gitu je jawapan dia. padahal dia yg beriya jual kat sy soh sy pakai jgn berhenti.. aduhhhhh..... masa tu saya mcm... blur pun ada..
masa demi masa terusla muka saya jadi makin teruk dan makin teruk. jerawat dah macam resdung apa tak tau lah nak cakap. semua org tgk pun mcm "eee kenapa muka kau sekarang??"
masa mula2 rajin la nak explain, "salah pakai produk".. tapi lama2 bila ramai sgt tanya, sy pun dh tak reti nak jwb.. "entah" je jawapan sy. sedih kan?


3. Saya masuk ke UiTM setelah merasakan hidup saya betul-betul bosan bila bertukar2 tempat keje. Masa tu mula terfikir; nnt sampai tua nk kje tukar2 mcm ni jugak ke?
Saya mohon masuk UiTM masa keje kat McDonalds Kinrara dengan Kak Senduk blogger terkenal di dunia tu. Kitorang sama2 keje McDonalds, sama2 mohon masuk UiTM, sama2 dapat masuk jurusan Ijazah Senireka Fesyen UiTM Shah Alam.. seronoknya dapat masuk masa tu. nasib baik la kakak si Kak Senduk yang beriya tolong hantar kan borang permohonan kitorang dulu. Alhamdulillah dapat masuk jugak.. yeay. *kenangan... phewwww.. ok sambung.
Masa tu muka saya kekal dengan jerawat yg dah jadi mcm jerawat batu. selama bertahun2 muka mcm tu, sangat sedihhh ok. sedihhhhh paling sedihhhhhhh.
kat UiTM tu kenal ramai kawan baru, yg kemudiannya salah sorang yang bernama Terry; budak Sarawak, bgtau saya, "dulu jerawat aku pun mcm kau.. lepas tu aku pakai produk Clearasil, terus hilang. Cuba la kau cari kat Guardian."
Masa dia cakap tu saya cuma dengar je. Tapi malas pun nak try sebab sejak bahana susu kambing tu, dah cuba macam2 produk untuk cuba hilangkan jerawat tu tapi tak menjadi. Tapi si Terry ni beriya-iya ajak sy gi Guardian, paksa sy beli. Saya pun beli la dgn hati yg malas. "Mesti x jadi jugak nyer lahh" dlm hati sy. Bila dah beli, kena la sy pakai. terasa membazir pulak tak pakai nanti. Pastu dalam beberapa hari, sy rasa... "memang betul la.. dah mula ada perubahan!!". Jerawat batu sy dah mula x jadi batu sangat. Pastu jerawat baru dah x muncul. Sy pun mula la makin rajin pakai. Dalam setiap dua minggu, mesti akan habis satu tiub tu.
Pakai punya pakai, dekat lima bulan lah kot, alhamdulillah jerawat sy makin kurang beriya-iya sampai laa jarang sangat keluar jerawat masa tu. Dan nak jadikan cerita dlm hidup agaknya, produk tu tetiba discontinued. Masa pegi Guardian kat Seksyen 2 tu, bila staff tu cakap dh takde lagi produk ni, rasa mcm terkilan sgt2 x pernah laaa rasa terkilan mcm tu seumur hidup terhadap sesuatu produk.. staff tu cakap, produk ni jabatan kesihatan dpt laporan mengandungi asid apa ke benda tah yg overdose. -___-'
Bagi sy x kisah la asid tu overdose sikit, muka sy dh elok disebabkan 'keoverdosean' tu. *tapi mungkin kalau x discontinued, sy terus pakai dan pakai, pastu ada masalah lain pulak- tu kita tak tahu, betul tak?

Ni la rupa bentuk Clearasil tu. Tapi sekarang maaf ye, selepas product ni discontinued, diorang keluarkan balik tapi dah tukar packaging. So saya tak tau sejauh mana keberkesanan produk ni sekarang.

So, walaupun produk tu dah takde, nasib baiklah masa tu muka sy mmg dh elok, xde jerawat baru, so sy boleh la pakai pencuci muka biasa- dah xde masalah dah. cuma bekas jerawat lubang2 dulu tu kekal xleh wat apa. So sejak kejadian sy dh x berani nk try produk tak tentu hala mcm susu kambing tu lagi. sebab nak putih, bertahun tanggung batu kat muka. haaaaa nak sangatt kann..

4. Tahun demi tahun berlalu, saya mula kerja sebagai Wardrobe stylist untuk industri perfileman, dan drama TV.. masa tu dlm industri kecantikan, mula muncul placenta la, kolagen la, injet vitamin C la dan berbagai-bagai lagi.. tapi masa tu sy xde duit untuk semua tu, so tengok je la artis2 pakai semua benda tu dan menjadi mulus kulit mereka. simpan dalam hati je la...... pergi je la kedai beli Fair & Lovely balik... dah tu yg mampu... huuuu...

5. Dan sekarang... atas sebab kehendak pasaran yang mahukan kulit putih, muncul satu produk yang semua artis mula guna, dan menular ke semua orang yang suka muka nampak cerah dan mulus.. produk yg di org ckp dipakai oleh Siti Nurhaliza dgn Kris Dayanti awal2 dulu. Masa tu Siti pun belum keluar lg SimplySiti dia. Produk yg sy nk kongsi skang ni adalah produk dari Indonesia. Tabita.

mahal. tu je first impression saya mula2 dengar pasal menatang nih.
 Bagi saya harga dia mahal. Paling murah kalau pergi Indonesia sendiri beli kat cawangan dia. RM200 lah mcm tu, sy pun x ingat. Tapi kalau beli kat orang yang bawak balik sini pastu jual, biasanya harga kat sini sekitar RM350 sampai RM500 pun ada. Satu set tahan untuk sebulan- *tu kalau sy pakai, ada org tahan dua tiga bulan.
Oleh itu, walaupun mahal terpaksa jugak saya beli sbb kesan dia memang wow. Sangat wow. Dalam sebulan, kulit jadi cerah bersih, mulus. Kalau sulam lagi dengan vitamin C, kolagen dan placenta, hasilnya akan jadi lebih wow berkali ganda. Korang pun akan macam tak caya je muka korang jadi macam di edit dalam photoshop secara live. haderrr..
Well, kalau tak percaya, pergi jumpa org yg dah pakai produk ni.
Opppppp!! Saya bukan pengedar, xyah buang masa order kat saya. Tapi saya boleh bg list nama kwn2 yg jual benda ni. Saya cuma kongsi pengalaman; Trying To Be Better Than Yesterday. ;)
TAPI satu benda yang saya kena bagitau jugak, sedang saya asyik pakai produk ni beberapa bulan lalu, ada sorang kakak bagitau saya.. benda ni ASID DIA TINGGI. sebab tu kesan pencerahan tu nampak dengan sangat pantas. Sebab dia pernah pakai produk yang lebih kurang macam ni dulu, dan sekarang kulit dia tak boleh kena matahari langsung. Kalau kena direct sunlight, pigmentasi berlaku dengan hyper teruk sampai kulit muka jadi macam terbakar. Memang betul saya tengok kulit kakak tu dah x macam dulu. Dulu mulus halus putih macam bayi. Sekarang dah lain, pigmentasi makin teruk. Terus saya nervous.
Saya pun terus stop untuk dekat dua bulan. Lama-lama kawan-kawan mula tanya, kenapa muka saya dah kusam tak macam before. Hmmmmmmmmmmmmmmmmm mula la saya jadi tak tentu arah.. Saya cuba lebihkan Vitamin C la, kolagen la placenta la, tak jadi jugakkkk... Nak tak nak.... Saya pun terpaksa cari la balik Tabita tu sebab nak cerahkan balik kekusaman.


Begitulah rentetan kisah sy yg berangan nk jadi putih.. So, kesimpulannya, nak kulit putih ni memang laaaaa payah. Pastu produk yang menjadi pun akan ada kesan lain jangka masa panjang. Jadi tepuk dada tanya selera. Korang nak cantik, hadap la dengan segala risiko nya. Untuk pengetahuan, skang ni saya masih pakai Tabita, kulit dah cerah elok balik (taklah cerah macam Kate Middleton, tu carut namanyerrrr), tapi setiap kali habis satu set, saya akan berhenti dulu dan pakai produk biasa. Pastu nanti baru sambung balik. Nervous la uols nanti tak boleh kena matahari mcmn nak kerja.. sedihhh hidupp.. tapi selagi daya, saya sekadar Trying To Be Better Than Yesterday..

hahaaahah pastikan putih hati dulu uols.. ;)

Oklah sampai sini je dulu... Jangan lupa baca lagi next post saya, saya nak kongsi cerita macamana saya hampir maut sebab nak kurus pulak. Haaaaaaaaaaaaa aderrr???? hhaahaa
See you muwahhh! :*